Halaman Utama

Peta Selangor

Syndicate

Perutusan Pengerusi

Negara Malaysia telah mencapai 50 tahun usia kemerdekaan. Keadaan ekonomi masyarakat Melayu telah jauh berubah berbanding zaman sebelum merdeka. Walau bagaimanapun, penambahbaikan perlu terus dilakukan untuk memantapkan lagi pencapaian semasa ekonomi masyarakat Melayu agar dapat bersaing dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia.

Sejajar dengan Selangor sebagai sebuah negeri maju, bangsa Melayu perlu terus menggandakan ilmu pengetahuan, kemahiran, jaringan dan usaha demi menjaga kepentingan ekonomi mereka apatah lagi dalam era globalisasi serba mencabar hari ini. Tidak syak lagi pemerkasaan bidang ekonomi adalah salah satu agenda penting yang dapat mengangkat martabat kedudukan orang-orang Melayu. Justeru itu, masyarakat Melayu perlu proaktif untuk merebut kesempatan yang terbuka di hadapan mata semaksima mungkin, sambil mengelakkan soal ketirisan dan sebarang perkara yang boleh menjejaskan matlamat ekonomi orang Melayu.

GABEM berperanan besar dalam usaha memartabatkan ekonomi orang Melayu di negara ini. Gabungan pelbagai pihak ini diharap akan menyerlahkan peranan GABEM dan seterusnya dapat berfungsi baik memperjuangkan keutuhan ekonomi orang Melayu. Marilah kita sama bergandingan dalam memartabatkan  ekonomi Melayu dan semoga usaha ini akan diberkati dan dirahmati Allah swt.

KE ARAH MEMARTABATKAN AGENDA EKONOMI MELAYU

YB DATO’ HAJI SALAMON BIN SELAMAT
Pengerusi GABEM Selangor

 

Berita Terkini

  • Kerajaan Negeri sentiasa ambil berat kebajikan rakyat 2 Mar 2010 | 12:10 pm

    SHAH ALAM, 1 Mac - Kerajaan Negeri Selangor sentiasa menitikberatkan kebajikan rakyatnya yang berbilang kaum dan agama lebih-lebih lagi pada musim perayaan.

  • Selangor giat usaha jadi terbaik 2 Mar 2010 | 12:09 pm

    SHAH ALAM , 1 Mac Kerajaan Negeri Selangor sedang mempergiatkan usaha menunaikan janji menjadikan negeri ini sebagai negeri terbaik dari segi pembangunan di Malaysia.

  • MB gesa rakyat pertingkat kemahiran teknologi tinggi 2 Mar 2010 | 12:08 pm

    SHAH ALAM, 28 Feb - Menteri Besar , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta rakyat negeri ini mempertingkatkan kemahiran dan penggunaan teknologi terkini dalam memastikan kehijauan negara dapat dikekalkan untuk generasi masa depan.